ADD SAYA DI FACEBOOK ZAMRI HARTANAH

Bila Kena Start Bayar Loan Rumah

Tolong Share Ya

Apabila anda buat loan bank untuk beli rumah dan loan pun dah lulus semuanya, jadi bila kena start bayar loan rumah tersebut. Kebiasaannya majoriti dekat Malaysia ni orang beli rumah menggunakan loan perumahan sama ada daripada bank atau LPPSA tapi ada yang beli rumah secara tunai (cash), ini jarang jarang kita dengar walaupun memang ada.

Bila dah buat loan bank nak beli rumah ni, anda mesti tertanya tanya bila nak kena start bayar loan rumah lebih lebih lagi kalau kali pertama beli rumah kan.

Bila Kena Start Bayar Loan Rumah

Untuk tahu bila kena start loan rumah, pertama sekali kena tengok jenis rumah yang anda beli sama ada rumah yang telah siap (subsale) atau pun rumah yang masih dalam tempoh pembinaan oleh pemaju. Ada perbezaan dari segi pembayaran loan untuk kedua dua jenis rumah ini.

Beli Rumah Subsale

Kalau anda beli rumah yang telah siap (subsale) sama ada daripada pemaju perumahan atau daripada individu, loan kena start bayar apabila nama dalam geran dah di tukar nama dan anda dah terima kunci rumah. Proses dia agak mudah berbanding dengan jika anda beli rumah yang masih dalam pembinaan. Kalau beli rumah yang dah siap daripada pemaju perumahan pastikan rumah tersebut telah dapat siji CCC.

Anda terima kunci rumah bermakna anda dah mula kena start bayar bulanan rumah tersebut.

Beli Rumah Dalam Pembinaan

Berbeza sedikit jika anda buat loan untuk beli rumah yang masih dalam pembinaan daripada developer. Untuk pembayaran loan rumah yang masih dalam pembinaan pembeli kena bersedia untuk mula membayar loan walaupun rumah belum siap dan belum diserahkan kepada pembeli.

Perkara ini dinamakan dengan istilah Progressive Payment. Maksudnya anda sebagai pembeli kena start bayar bila pemaju claim duit daripada bank mengikut percentage kerja kerja pembinaan di tapak. Percentage claim ini anda boleh rujuk dalam Perjanjian Jualbeli S&P ada dinyatakan jadual peratus untuk claim. Claim oleh pemaju adalah mengikut tahap kesiapan projek tersebut.

Untuk mudah lebih faham saya bagi contoh macam ini.

Jika bayaran bulanan anda adalah RM 1000 sebulan. Kemudian pemaju telah claim 20% daripada bank untuk rumah anda. Jadi selepas bank release duit kepada pemaju sebanyak 20% anda juga akan kena mula bayar sebanyak 20% daripada installment bulanan anda.

RM 1,000 x 20% = RM 200

Jadi anda dah kena start bayar loan rumah sebanyak RM 200 sebulan walaupun rumah belum siap. Sepatutnya banker yang anda berurusan semasa buat loan rumah akan terangkan situasi ini jika anda beli rumah yang masih dalam pembinaan.

Begitulah seterusnya, jika developer claim 40% anda juga kena naikkan bayaran bulanan sebanyak RM 400 sebulan. Proses ini berlaku sehingga pemaju claim kepada bank 100% ketika rumah dah siap dan dapat CCC dan diserahkan kepada pembeli. Apabila semuanya selesai pembeli akan bayar kepada bank installment penuh setiap bulan iaitu RM 1,000.

Bila Kena Start Bayar Loan Rumah

Harap anda faham dan jelas mengenai masalah bila kena start bayar loan rumah selepas loan dah diluluskan. Semoga keterangan di atas dapat membantu anda untuk faham terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah yang dah siap atau rumah yang masih dalam pembinaan.

Untuk jual rumah atau nak beli rumah boleh dapatkan khidmat ejen hartanah alor setar dan kawasan sekitarnya.

Nak rumah baru di alor setar klik sini perumahan baru alor setar

One Reply to “Bila Kena Start Bayar Loan Rumah”

  1. Dlm keadaan pkpd skrg sy beli rumah subsale dh kne start bayar tp msih lom dpt kunci n owner still x kuar lg dr umah….mcm mne ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *